JAR of LIES;
ABOUT ENTRY LINKS STUFF
Cinta Dramatik Melawan Graviti II
20131210 • Tuesday, December 10, 2013 • 0 comments


by : Mimi Mortica

Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi
dan terpelanting keluar angkasa,
apabila daya tarikan graviti ke atasku
tidak lagi berfungsi.
setelah aku tersungkur dalam kerinduan
yang berlarutan ke rubberset
kondominium yang kita bina dari mudguard basikal
dan kipas helicopter harapan agar berkekalan...

ketika kau tiada,
aku sering menyendiri berbual
dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang,
kadang-kadang aku mengikat botol oren
pada tiang rumah
agar kelihatan cantik.

saban hari aku termenung
di dalam peti sejuk
mengenangkan diri,
aku cuba bermain basketball
sambil makan mee hailam
untuk menghilangkan kerinduan
tetapi aku tidak berdaya.

lalu aku membakar mesin basuh
dan membelasah itik serati jiran sebelah
sebagai tanda aku menyepi

aku tahu, selagi ada kompleks membeli-belah sogo,
selagi ada kedai kasut Argentina,
selagi kumpulan Peterpan tidak berpecah,
aku tetap merinduimu...

akhirnya aku mengambil keputusan
menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku
berbunga dan hasilnya ku kirim kepadamu...

utopian conversation sama bakal encik future


PASTFUTURE
MY WORDS;

introduction seems so hard but HAI , i am the head of Slytherin. you may behave because well...you know..i am you-know-who

GIVE ME YOUR WORDS;



LE' FOLLOWERS;


BLOG ARCHIVE;

  • Saya Panda Shumell
  • Lifeless
  • unspoken tears
  • another unknown
  • Time by Time
  • Tutorial : Comment Box {blogskin}
  • Another Months
  • Tutobies Section (Like Me)
  • #ChanyeolVirusDay
  • A Cup Of Coffee