Dandelion
20130820 • Tuesday, August 20, 2013 • 0 comments Dandelion? Kenapa dengan dandelion? Entry kali ni aku nak share dengan korang supaya kita sama-sama boleh jadi macam dandelion :) Dandelion kuat. Datang apa sahaja musim, ia masih berbunga lebat. Yang kering mampu membuat kita ketawa dan yang hidup juga mampu meceriakan kita yang memandang. Sama ada ia hidup atau mati, dandelion membawa kebaikan kepada mereka yang berada disekelilingnya. Ia tak perlukan sesiapa untuk menabur baja mahupun menyiramnya. Walaupun kadang ia dipijak, ia masih hidup, elok. Berbunga cantik untuk kita. Akar dandelion boleh dibuat ubat. Dandelion makhluk Tuhan yang langsung tak meminta apa-apa dalam hidupnya, tidak juga perhatian, tapi hadirnya dandelion membawa seribu satu kebaikan dari hidup hingga ke matinya. Hidup kalau asyik berharap, takkan pernah merasa puas. Hidup kalau selalu fikir cara untuk memberi, akan bawa kebaikan kepada mereka yang berada di sekeliling dan akan lebih membahagiakan. Take a note dear :) |
MY WORDS;
FIND ME HERE;
: @edmalice :edmalice : adahkacak@gmail.com GIVE ME YOUR WORDS;
LE' FOLLOWERS; BLOG ARCHIVE; Bias
my ultimate bias!
|