JAR of LIES;
ABOUT ENTRY LINKS STUFF
#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia
20151214 • Monday, December 14, 2015 • 9 comments



Assalamualaikum

Sebab tengah kering idea jadi bila aku blogwalking segmen ni nampak cam best jadi aku join. Maaf kalau ada yang tak selesa aku guna "aku". Sebenarnya aku tak suka cerita pasal diri sendiri ni. Rasa cam geli-geli hahaha tapi takpe aku cuba.

Siapa aku? Akulah orang yang selalu digemburkan (macam tanah pulak nak digembur) di sebut-sebutkan. Akulah pahlawan satria berani. Dengan kuasa bulan yang ada, aku akan lawan segala kejahatan di dunia ini. Muahahahahahahaha. ok cam gelong je otak hahaha

Ollskul gila kalau suruh cerita pasal diri sendiri mesti start dengan nama (tak perli) lepastu letak hobi, tarikh lahir takpun makanan kegemaran. Hek
Aku rasa aku nak kekal misteri. Mesti engkorang rasa macam,

"hak alah pokemon betul budak ni join segmen siapa aku tapi nak kekal misteri"

Ok fine. Aku rasa aku ni fleksibal. Bukan badan tapi personaliti. Sebab kadang-kadang aku happy-go-lucky menggeletis macam ulat (Ew) dan kadang-kadang aku macam diserang oleh segerombolan dipresi. Tapi yang paling penting sampai sekarang aku terkontang-kanting tak tau diri sendiri. Sebab tu aku tulis "aku rasa". Tapi takpe, aku memang suka buat kesimpulan sendiri.

Menurut kejadian yang baru berlaku masa family aku tengok movie. Anak buah aku umurnya 5 tahun yang innocent bertanya;

-scene kahwin-

Dhia : "acik, boleh ke kahwin tak pakai tudung?"
Aku : (oh deng! kenapa dalam ramai orang ni dia tanya aku)

dengan pantas aku jawab;

Aku : "Orang tu boleh. Dhia tak boleh"

Anak buah aku senyap sambung tengok movie. Aku tengok dia macam paham apa aku cakap tadi. Aku ingat aku dah bebas tapi aku silap

Dhia : "acik, kalau tangkap gambar kahwin dalam bilik boleh tak kalau tak pakai tudung?"
Aku : "boleh!"
Dhia : "kalau photographer dia lelaki?"
Aku : (deng!) "boleh kalau photographer dia perempuan"

Oh man! Aku rasa aku ni seorang yang cepat pickup. <------ bangga diri. Bukan semua orang boleh jawab soalan budak 5 tahun. Aku jugak suka puji diri sendiri. Contohnya kalau main game dan dapat lepas level susah aku akan cakap "pergh power betul aku" dan banyak lagi ayat puji diri. Jangan bash saya.

Aku rasa aku ni duduk di tengah antara penyabar-tak penyabar. Masa nak buat entry ni line internet macam ayam. Lalu keluarlah game dinasour lompat cactus tu (engkorang tau tak?). Walau apa pun rintangan aku tetap gigih refresh. Tapi sungguh aku rasa aku nak kokak dinasour tu. Engkorang jangan terkejut kalau lepas ni movie jurrasic park aku berlakon gantikan dinasour tu. Aku dalam dilema sama ada nak karate laptop ni atau kokak dinasour tu. Nampak tak kat situ aku ni seorang yang susah nak buat keputusan.

Aku jenis ada angin monsun. Kengkadang bila mood mendayu datang aku rasa hati aku macam mendayu-dayu, taste lagu aku jadi lagu heartbroken, stalk crush, baca buku puisi. Kena mood gila aku, orang tepi jalan yang tak kenal pun aku boleh sakat. Bila aku cakap aku tak buat apa-apa, memang aku tak buat apa-apa. Berfikir pun aku tak buat. Baring-dan-tak-buat-apa-apa.

Selamat berjaya lah baca entry ni tu pun kalau ada orang baca? sebab aku tau font aku kecik. Buta la mata engkorang



PASTFUTURE
MY WORDS;

introduction seems so hard but HAI , i am the head of Slytherin. you may behave because well...you know..i am you-know-who

FIND ME HERE;

: @edmalice
:edmalice
: adahkacak@gmail.com

GIVE ME YOUR WORDS;



LE' FOLLOWERS;


BLOG ARCHIVE;

  • that things we hate
  • A Comeback
  • hilang pergi mencari di mana ganti
  • Dari Hati Terus ke Tong Sampah
  • perang suam-suam kuku
  • a new life?
  • seksa belum habis
  • obsesiv maha kompulsiv
  • di
  • Finally !